'anniey

'anniey

Monday, 29 August 2016

Perihal Akidah Muslim - Sejarah Perkembangannya Secara Ringkas

Bismillah thumma alhamdulillah

  Pada kali ini saya ingin menerangkan serba ringkas tentang aqidah tulen Ahli Sunnah wal Jama'ah.
Sepanjang sejarah Islam, ilmu tauhid atau aqidah ini melalui beberapa fasa yg sgt penting utk dikaji oleh pengkaji Usuluddin Islam. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, org Arab telah pun mempercayai adanya Tuhan yg sgt berkuasa yg berlainan dan lebih berkuasa drpd tuhan-tuhan berhala sembahan mereka di muka bumi. Bagi membezakan tuhan ini daripada berhala-berhala mereka, mereka menyatakan tuhan itu berada di atas langit. Kepercayaan ini dilihat ada persamaan dgn agama Hindu atau Brahma. Ini menjadi petunjuk kpd sesetengah pengkaji bahawa agama Hindu atau Brahma ini berasal drpd agama ajaran Nabi Ibrahim, tetapi telah diseleweng oleh generasi yg terkemudian dan membentuk pelbagai kepercayaan. Kepercayaan Nabi Ibrahim yg asli dinamakan sebagai agama Hanif, tetapi majoriti org Arab terutama di Mekah tidak mengikuti ajaran ini, bahkan sedikit sekali antaranya Waraqah bin Naufal, kerabat Siti Khadijah. Org Arab pd zaman ini digelar sebagai musyrikin yg bermaksud golongan yg menyekutukan tuhan. Mereka menyekutukan Allah dgn berhala-berhala yg mereka sembah yg mereka sendiri bina drpd batu, kayu dan sebagainya. Mereka mengenal Allah daripada Nabi Ismail iaitu anak Nabi Ibrahim yg mengasaskan penempatan di Mekah dan berkahwin dgn suku Jurhum, sebuah suku Arab Yaman dari kerajaan Saba'. Umum mengetahui sejarah ini.

  Selain org Arab di Semenanjung Tanah Arab, adanya Nasrani iaitu org yg beragama Nabi Isa dan Yahudi, org yg beragama Nabi Musa. Namun, kedua-dua agama ini mengalami nasib yg sama dgn agama ajaran Nabi Ibrahim iaitu telah diseleweng. Antara penyelewengan dari sudut akidah Yahudi ialah mengatakan 'Uzair anak Allah dan Kristian pula mengatakan 'Isa bin Maryam anak Allah. Maha Suci Allah daripada beranak dan diperanakkan. Antara kepercayaan mereka adalah mengatakan Allah atau Tuhan berada di langit. Jika kita berundur lebih jauh ke zaman silam, kita boleh mendapati bagaimana kepercayaan sesat raja negeri Babil yg popular dgn nama Namrud, membina menara yg tinggi yg dikenal dlm sejarah sbg Menara Babil (Tower of Babylon), disusuli beberapa abad lamanya pula seorang Firaun dari negara Mesir Purba, membina menara yg tinggi juga, dengan satu tujuan iaitu ingin membunuh Tuhan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Mereka inilah antara yg terawal beranggapan tuhan itu berada di atas langit.

  Apabila Allah mengutuskan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad, mengajak manusia yg terdekat dgnnya iaitu org Arab daripada Bani Quraisy di Mekah menyembah Tuhan Yang Esa, Allah menurunkan ayat-ayat al-Qur'an dlm bahasa Arab yg difahami oleh org Quraisy. Bukan sahaja bahasa tetapi gaya bahasa juga dpt difahami oleh Quraisy malah lebih hebat dan cantik dari segi sasteranya daripada penyair terkemuka org Arab serta Quraisy. Kehebatan bahasa al-Qur'an tidak dpt ditandingi oleh org Arab, sehingga mereka hilang akal untuk melabel Nabi Muhammad sebagai apa, walaupun akhirnya mereka memutuskan untuk menggelarkan Nabi Muhammad sebagai tukang sihir yg hebat. Dlm al-Qur'an, Allah menyebutkan Allah bersemayam (istawa/istiwa') atas 'Arasy. Dlm bahasa Arab, terdapat beberapa makna kalimah (perkataan) istawa antaranya duduk dan menguasai. Sebagaimana umum mengetahui, dlm al-Qur'an, perkara asas akidah dinyatakan dengan jelas seperti ayat dlm surah al-Ikhlas, al-Kafirun dan lain-lain. Di samping ayat-ayat yg jelas (muhkamat), ada juga ayat-ayat yang kabur (mutasyabihat). Ayat yg menyebut Allah bersemayam di atas Arasy ini termasuklah ayat yg mutasyabihat. Dalam kaedah pengambilan hujah dan hukum, perlulah didahului dalil-dalil yg pasti (qat'ie) sebelum yg lain-lain. Ayat-ayat al-Qur'an yg muhkamat termasuk dlm dalil yg qat'ie ini. Disebabkan itulah, ayat Allah bersemayam di atas Arasy ini tidak patut menjadi ayat-ayat asas dalam mengenal Allah dalam ilmu tauhid atau akidah ini. Antara ayat-ayat muhkamat drpd al-Qur'an yg perlu diutamakan ialah ayat-ayat dari surah Al-Ikhlas.

  Ada hadis yg menceritakan bagaimana seorang hamba perempuan (jariah) menunjukkan isyarat tangannya ke atas (langit) apabila Nabi Muhammad bertanyakan kpdnya tentang Allah. Kemudian Nabi Muhammad membenarkan pengakuan iman hamba perempuan tersebut seraya membebaskannya. Perlu difahami bahawa apabila seseorang yg hidup dlm kebudayaan Arab pada masa tersebut apabila mengatakan Allah adalah di atas langit, bermakna dia tidak mengakui berhala-berhala sembahan itu tuhan atau Allah. Dan perlu difahami juga, kebiasaan bagi seorang hamba, dia tidak mendapat pelajaran yg luas sepertimana org yg merdeka. Apatahlagi hamba tersebut perempuan. Dengan kefahaman ini, kita tidak boleh mengambil hujah atas pengakuan seorang yg jahil ketika mana ada pengakuan org yg 'alim yg berlawanan dgnnya. Saidina 'Ali tergolong dalam golongan sahabat Nabi Muhammad iaitu mereka yg bersama dengan perjuangan Nabi Muhammad secara langsung ketika baginda masih hidup, melihat baginda, mendengar sabda baginda dan mendapat ilmu secara terus drpd mulut baginda dalam keadaan waras, adil dan mumayyiz (sudah mencapai usia mampu membezakan antara baik dan buruk). Dinukilkan bahawa Saidina Ali pernah berkata mafhumnya Allah menciptakan Arasy sebagai menunjukkan kekuasaanya, bukan sebagai tempat tinggal bagi Zat-Nya.

  Apabila Nabi Muhammad wafat dan para sahabat semakin sedikit, sedangkan umat Islam semakin ramai, malah terdiri drpd bukan Arab ('Ajam), maka bahasa Arab pun semakin berinovasi kerana terkesan dgn pengaruh bahasa Ajam. Begitulah juga dgn ilmu akidah, apabila bertembung dgn kepercayaan lama Ajam dan org Arab yg tinggal di Syam serta Mesir. Semasa Saidina 'Uthman menjadi Khalifah Al-Rashid yg ketiga selepas terbunuhnya Saidina 'Umar, banyak berlaku kes kepelbagaian perbezaan bacaan ayat-ayat al-Quran dlm kalangan umat Islam. Bagi menyelesaikan masalah ini, Saidina Uthman telah menitahkan dibakar segala lembaran al-Qur'an yg ada di seluruh wilayah kekhalifahan Islam dan digantikan dgn lembaran baru yg dihasilkannya dengan menitahkan pakar-pakar al-Qur'an pada masa itu (sahabat juga) untuk mengumpulkan lembaran asal al-Qur;an dalam satu naskhah dan disalin sebanyak bilangan wilayah Islam untuk dihantar ke sana. Mushaf (naskhah) ini dikenali sebagai Rasm 'Uthmani yg sampai kpd kita hari ini dengan beberapa penambah baikan susunan kumudiannya, dengan penambahan titik dan baris bagi memudahkan  serta menyeragamkan bacaan terutama bagi org Ajam yg Islam. Pada zaman tabi'in, iaitu pada zaman Imam Abu Hassan Al-Asy'ari berlaku kekecohan dalam pegangan akidah umat Islam apabila ada golongan Mu'tazilah yg mengatakan manusia yg menciptakan perbuatannya sendiri. Bagi menyelesaikan masalah ini, Imam Asyari telah menyusun ilmu Kalam atau ilmu akidah Islam. Pada masa yg sama, di Khurasan, Imam Abu Mansur al-Maturidi juga menyusun ilmu akidah ini bagi menerang kekeliruan yg dicetuskan oleh golongan Jabariyah iaitu golongan yg menafikan kasab (berlawanan dgn Mu'tazilah). Hasil daripada pengasasan penyusunan ilmu akidah Islam oleh dua orang tokoh ini, menatijahkan ilmu Kalam atau yg lebih dikenali di rantau Nusantara sebagai Sifat 20.

  Sekian dahulu untuk bahagian pertama. Insya-Allah penulisan ini akan diteruskan memandangkan golongan pseudo-musyabihah wal mujassimah moden mula menyebar luaskan ilmu salahpinya dan ditelan bulat-bulat oleh masyarakat yg dahagakan ilmu agama, tapi tidak sempat mengaji di pondok. Perlu dimaklumkan rasanya bahawa para tabi'in dan muridnya para tabi' tabi'in adalah mereka yg hidup di zaman Salaf. Ulama' Salaf merupakan gelaran kepada ulama' yg hidup pada 300 tahun pertama Hijrah. Mereka merupakan ulama' utama dan besar dalam Islam. Mereka termasuklah para sahabat yg ulama' seperti 4 org khalifah ar-rashid, ibnu umar, ibnu abbas, dan ulama'tabi'in serta murid-muridnya seperti imam abu hanifah, imam malik, imam as-syafie, imam ahmad ibni hanbal, imam asyarie dan imam al-maturidi.

No comments:

Post a Comment