Bismillah.
Ada sehari lagi sebelum RIM mid-sem exam. mlm ni aq stay out dgn netbook adekku ini yg aku bawa dari rumah ke cfs. kali ni, ingin menyentuh tentang politik dan bahasa.. tanggal 3 april, parlimen sudah bubar, 4 april pula, dun kelate pula dibubarakan. walaupun tidak layak untuk mengundi, tetapi aku berharap perubahan akan berlaku selepas pru-13 nanti kerana usia negara telah memasuki era kemuncak kematangan, iaitu sudah menjangkau 50 tahun..bercakap soal bahasa, ada sahaja isu yang digembar gemburkan tentang penghinaan sesuatu pihak terhadap pihak yang lain. saya tidak melihat isu ini sebagai kesalahan bahasa, tetapi kesalahan sesetengah pihak dalam memahami makna bahasa tersebut yang salah. tanpa mengaitkan dengan udang di sebalik batu, pihak yang menyebarkan tafsiran bahasa yang tidak kena amat mengelirukan golongan yang tidak ahli dalam bahasa ibunda. apabila mereka salah dalam memahami sesuatu makna bahasa itu, pendapat mereka mempengaruhi orang ramai kerana mereka berpengaruh besar dalam masyarakat. ada seseorang yang menggunakan peribahasa contohnya, dalam penulisan dan pengucapan mereka, ada yang tidak tahu dan tidak faham makna yang sebenar di sebalik peribahasa tersebut-lebih-lebih lagi apabila peribahasa yang digunakan adalah jarang didengar oleh umum tetapi ianya ada. masalah bahasa ini, saya yang tidaklah ahli ini mencadangkan agar pembelajaran di peringkat sekolah rendah atau menengah hendaklah membhagikan komponen sastera dalam subjek yang berlainan, bukannya satu bab dalam subjek bahasa melayu. memandangkan upsr dan pmr bukan lagi perlumbaan pelajar hari ini, cadangan ini saya lihat adalah sangat relevan kerana keahlian dalam bahasa bangsa mengkayakan dan membentuk jati diri bangsa yang unggul dalam memperkenalkan budaya bangsa kepada bangsa-bangsa lain. kejayaan sesuatu negara bukan terletak pada hebatnya penguasaan terhadap bahsa dan budaya bangsa lain, tetapi pemahaman yang mendalm terhadap bangsa dan budaya sendiri. hal in dapat diperhatikan dalam negara-negara maju di duni seperti amerika, britain, china, jepun, perancis, jerman, korea, russia dan negara-negara arab. gaya pemikiran sebeginilah yang sebenarnya akan menjadikan sesuatu bangsa itu berdikari tanpa bergantung banyak dengan negara dan bangsa lain. entri ini bukanlah bermakna bangsa dan negara sangat diutamakan, tetapi ia adalah elemen penting dalam menjalani kehidupan di dunia kerana setiap kita dilahirkan dalam bangsa yang berbeza, tanpa kita memilih dalam bangsa apa kita ingin dilahirkan dan seterusnya hidup sebagai bangsa tersebut. akhir sekali, marilah kita memasukkan agama dalam tujuan hidup kita kerana dengan implementasi sepenuhnya agama itu, sesuatu bangsa dan negara akan berjaya di dunia. maka, tidak adalah agama yang sesuai untuk semua bangsa dan negara di atas muka bumi ini selain agama Islam, kerana Islam membawa mesej untuk keamanan sejagat di dunia dan keselamatan di akhirat.
'anniey
Thursday, 4 April 2013
Sunday, 31 March 2013
Sem 3 tahun 1 Asasi UIA
Bismillah. dah lama x taip diari maya aku ni, hari ni rasa nk tulis sesuatu plop.lani dah masuk sem 3 tahun 1, ada 2 sem lg untuk aq habiskan asasi di cfs uiam ni, lepas tu aq sambung belajaq kat uia gombak plak.sem ni, byk aktiviti yg membuakan aq sibuk sampai kelas x hadir (salah aq jgk, curi maa tidur lebih), btw amanah sebagai committee dlm society satu tanggungjawab yg patut aq mampu tanggung selain jadi pelajar kerana Allah x beri kita tanggungjawab yang x mampu kita laksanakan. I'm happy organising, working and cooperating dlm society begitu jgk I'm enjoying study even aq terpaksa repeat subjek wajib bahasa Arab yg aq ambil time sem 2 hari tu...wuhu..tp I take it as a lesson kerna byk kali aq x dtg kelas n kalau pi kelas plak byk kali tidur (tapi x sampai dpt warning letterlah). so far so good, sekarang ni time mid term and ada satu last paper iaitu RIM (Religion in Malaysia) yg akan aq jwawab 6 hb ini..semoga Allah merahmati aq sentiasa dan aq tidak berputus asa dalam meraih rahmat dariNya. Ok, tanpa buang masa, aq hentikan taipan aq setakat ini dulu..ingat nk tulis lg dalam waktu terdekat lepas ni, iA
Subscribe to:
Posts (Atom)