'anniey

'anniey

Monday 29 August 2016

Perihal Akidah Muslim - Sejarah Perkembangannya Secara Ringkas

Bismillah thumma alhamdulillah

  Pada kali ini saya ingin menerangkan serba ringkas tentang aqidah tulen Ahli Sunnah wal Jama'ah.
Sepanjang sejarah Islam, ilmu tauhid atau aqidah ini melalui beberapa fasa yg sgt penting utk dikaji oleh pengkaji Usuluddin Islam. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, org Arab telah pun mempercayai adanya Tuhan yg sgt berkuasa yg berlainan dan lebih berkuasa drpd tuhan-tuhan berhala sembahan mereka di muka bumi. Bagi membezakan tuhan ini daripada berhala-berhala mereka, mereka menyatakan tuhan itu berada di atas langit. Kepercayaan ini dilihat ada persamaan dgn agama Hindu atau Brahma. Ini menjadi petunjuk kpd sesetengah pengkaji bahawa agama Hindu atau Brahma ini berasal drpd agama ajaran Nabi Ibrahim, tetapi telah diseleweng oleh generasi yg terkemudian dan membentuk pelbagai kepercayaan. Kepercayaan Nabi Ibrahim yg asli dinamakan sebagai agama Hanif, tetapi majoriti org Arab terutama di Mekah tidak mengikuti ajaran ini, bahkan sedikit sekali antaranya Waraqah bin Naufal, kerabat Siti Khadijah. Org Arab pd zaman ini digelar sebagai musyrikin yg bermaksud golongan yg menyekutukan tuhan. Mereka menyekutukan Allah dgn berhala-berhala yg mereka sembah yg mereka sendiri bina drpd batu, kayu dan sebagainya. Mereka mengenal Allah daripada Nabi Ismail iaitu anak Nabi Ibrahim yg mengasaskan penempatan di Mekah dan berkahwin dgn suku Jurhum, sebuah suku Arab Yaman dari kerajaan Saba'. Umum mengetahui sejarah ini.

  Selain org Arab di Semenanjung Tanah Arab, adanya Nasrani iaitu org yg beragama Nabi Isa dan Yahudi, org yg beragama Nabi Musa. Namun, kedua-dua agama ini mengalami nasib yg sama dgn agama ajaran Nabi Ibrahim iaitu telah diseleweng. Antara penyelewengan dari sudut akidah Yahudi ialah mengatakan 'Uzair anak Allah dan Kristian pula mengatakan 'Isa bin Maryam anak Allah. Maha Suci Allah daripada beranak dan diperanakkan. Antara kepercayaan mereka adalah mengatakan Allah atau Tuhan berada di langit. Jika kita berundur lebih jauh ke zaman silam, kita boleh mendapati bagaimana kepercayaan sesat raja negeri Babil yg popular dgn nama Namrud, membina menara yg tinggi yg dikenal dlm sejarah sbg Menara Babil (Tower of Babylon), disusuli beberapa abad lamanya pula seorang Firaun dari negara Mesir Purba, membina menara yg tinggi juga, dengan satu tujuan iaitu ingin membunuh Tuhan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Mereka inilah antara yg terawal beranggapan tuhan itu berada di atas langit.

  Apabila Allah mengutuskan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad, mengajak manusia yg terdekat dgnnya iaitu org Arab daripada Bani Quraisy di Mekah menyembah Tuhan Yang Esa, Allah menurunkan ayat-ayat al-Qur'an dlm bahasa Arab yg difahami oleh org Quraisy. Bukan sahaja bahasa tetapi gaya bahasa juga dpt difahami oleh Quraisy malah lebih hebat dan cantik dari segi sasteranya daripada penyair terkemuka org Arab serta Quraisy. Kehebatan bahasa al-Qur'an tidak dpt ditandingi oleh org Arab, sehingga mereka hilang akal untuk melabel Nabi Muhammad sebagai apa, walaupun akhirnya mereka memutuskan untuk menggelarkan Nabi Muhammad sebagai tukang sihir yg hebat. Dlm al-Qur'an, Allah menyebutkan Allah bersemayam (istawa/istiwa') atas 'Arasy. Dlm bahasa Arab, terdapat beberapa makna kalimah (perkataan) istawa antaranya duduk dan menguasai. Sebagaimana umum mengetahui, dlm al-Qur'an, perkara asas akidah dinyatakan dengan jelas seperti ayat dlm surah al-Ikhlas, al-Kafirun dan lain-lain. Di samping ayat-ayat yg jelas (muhkamat), ada juga ayat-ayat yang kabur (mutasyabihat). Ayat yg menyebut Allah bersemayam di atas Arasy ini termasuklah ayat yg mutasyabihat. Dalam kaedah pengambilan hujah dan hukum, perlulah didahului dalil-dalil yg pasti (qat'ie) sebelum yg lain-lain. Ayat-ayat al-Qur'an yg muhkamat termasuk dlm dalil yg qat'ie ini. Disebabkan itulah, ayat Allah bersemayam di atas Arasy ini tidak patut menjadi ayat-ayat asas dalam mengenal Allah dalam ilmu tauhid atau akidah ini. Antara ayat-ayat muhkamat drpd al-Qur'an yg perlu diutamakan ialah ayat-ayat dari surah Al-Ikhlas.

  Ada hadis yg menceritakan bagaimana seorang hamba perempuan (jariah) menunjukkan isyarat tangannya ke atas (langit) apabila Nabi Muhammad bertanyakan kpdnya tentang Allah. Kemudian Nabi Muhammad membenarkan pengakuan iman hamba perempuan tersebut seraya membebaskannya. Perlu difahami bahawa apabila seseorang yg hidup dlm kebudayaan Arab pada masa tersebut apabila mengatakan Allah adalah di atas langit, bermakna dia tidak mengakui berhala-berhala sembahan itu tuhan atau Allah. Dan perlu difahami juga, kebiasaan bagi seorang hamba, dia tidak mendapat pelajaran yg luas sepertimana org yg merdeka. Apatahlagi hamba tersebut perempuan. Dengan kefahaman ini, kita tidak boleh mengambil hujah atas pengakuan seorang yg jahil ketika mana ada pengakuan org yg 'alim yg berlawanan dgnnya. Saidina 'Ali tergolong dalam golongan sahabat Nabi Muhammad iaitu mereka yg bersama dengan perjuangan Nabi Muhammad secara langsung ketika baginda masih hidup, melihat baginda, mendengar sabda baginda dan mendapat ilmu secara terus drpd mulut baginda dalam keadaan waras, adil dan mumayyiz (sudah mencapai usia mampu membezakan antara baik dan buruk). Dinukilkan bahawa Saidina Ali pernah berkata mafhumnya Allah menciptakan Arasy sebagai menunjukkan kekuasaanya, bukan sebagai tempat tinggal bagi Zat-Nya.

  Apabila Nabi Muhammad wafat dan para sahabat semakin sedikit, sedangkan umat Islam semakin ramai, malah terdiri drpd bukan Arab ('Ajam), maka bahasa Arab pun semakin berinovasi kerana terkesan dgn pengaruh bahasa Ajam. Begitulah juga dgn ilmu akidah, apabila bertembung dgn kepercayaan lama Ajam dan org Arab yg tinggal di Syam serta Mesir. Semasa Saidina 'Uthman menjadi Khalifah Al-Rashid yg ketiga selepas terbunuhnya Saidina 'Umar, banyak berlaku kes kepelbagaian perbezaan bacaan ayat-ayat al-Quran dlm kalangan umat Islam. Bagi menyelesaikan masalah ini, Saidina Uthman telah menitahkan dibakar segala lembaran al-Qur'an yg ada di seluruh wilayah kekhalifahan Islam dan digantikan dgn lembaran baru yg dihasilkannya dengan menitahkan pakar-pakar al-Qur'an pada masa itu (sahabat juga) untuk mengumpulkan lembaran asal al-Qur;an dalam satu naskhah dan disalin sebanyak bilangan wilayah Islam untuk dihantar ke sana. Mushaf (naskhah) ini dikenali sebagai Rasm 'Uthmani yg sampai kpd kita hari ini dengan beberapa penambah baikan susunan kumudiannya, dengan penambahan titik dan baris bagi memudahkan  serta menyeragamkan bacaan terutama bagi org Ajam yg Islam. Pada zaman tabi'in, iaitu pada zaman Imam Abu Hassan Al-Asy'ari berlaku kekecohan dalam pegangan akidah umat Islam apabila ada golongan Mu'tazilah yg mengatakan manusia yg menciptakan perbuatannya sendiri. Bagi menyelesaikan masalah ini, Imam Asyari telah menyusun ilmu Kalam atau ilmu akidah Islam. Pada masa yg sama, di Khurasan, Imam Abu Mansur al-Maturidi juga menyusun ilmu akidah ini bagi menerang kekeliruan yg dicetuskan oleh golongan Jabariyah iaitu golongan yg menafikan kasab (berlawanan dgn Mu'tazilah). Hasil daripada pengasasan penyusunan ilmu akidah Islam oleh dua orang tokoh ini, menatijahkan ilmu Kalam atau yg lebih dikenali di rantau Nusantara sebagai Sifat 20.

  Sekian dahulu untuk bahagian pertama. Insya-Allah penulisan ini akan diteruskan memandangkan golongan pseudo-musyabihah wal mujassimah moden mula menyebar luaskan ilmu salahpinya dan ditelan bulat-bulat oleh masyarakat yg dahagakan ilmu agama, tapi tidak sempat mengaji di pondok. Perlu dimaklumkan rasanya bahawa para tabi'in dan muridnya para tabi' tabi'in adalah mereka yg hidup di zaman Salaf. Ulama' Salaf merupakan gelaran kepada ulama' yg hidup pada 300 tahun pertama Hijrah. Mereka merupakan ulama' utama dan besar dalam Islam. Mereka termasuklah para sahabat yg ulama' seperti 4 org khalifah ar-rashid, ibnu umar, ibnu abbas, dan ulama'tabi'in serta murid-muridnya seperti imam abu hanifah, imam malik, imam as-syafie, imam ahmad ibni hanbal, imam asyarie dan imam al-maturidi.

Sunday 28 December 2014

كاراڠن ڤرتاما دالم توليسن جاوي

بسم اللّه الرحمن الرحيم.

ڤد ڤاݢي يڠ بوتا اين، ايڠينكو توليسكن رنچاناكو دالم توليسن جاوي- يائيت توليسن اورڠ ملايو يڠ دكت دڠن إسلام.

متأخير اين، باپق لامن سساوڠ يڠ منوليس سمولا فكتا سجاره ملايو يڠ برلأينن دڠن يڠ دڤلاجري د سكوله أتاوڤون يڠ بلوم ڤرنه ددڠاري اوليه خلايك. أكو ممڠ مينات ساڠت دڠن علمو سجاره أڤاته لاݢي يڠ بلوم دكتاهوئي. انتاراڽ اداله اورڠ ملايو ايت اياله ڤندودوق أصلي د رنتاو نوسنتارا اين دان بوكنڽ ڤنداتڠ سباݢايمانا يڠ ددعوا اوليه سأورڠ أهلي ڤوليتيق بربڠسا چينا بارو٢ اين.

سلأين ايت، اورڠ ملايو جوݢ ڤرنه هيبة دالم ممبينا كراجاءن والاوڤون ماسيه برأݢام بودا أتاو هيندو. سايڠ سريبو كالي سايڠ أڤابيلا قوم إينديا مندعوا كراجاءن قدح توا يڠ برڤوست د سوڠاي باتو ايت اداله كراجاءن اورڠ إينديا دان بوكنڽ كراجاءن اورڠ ملايو تمڤتن.

* كاراڠن دأتس موڠكين دتوليس ڤد تاهون 2014، چوما بارو دسياركن ڤد كالي اين

Wednesday 17 December 2014

PEMERGIAN SEORANG ABAH & MARAH KERANA ALLAH!

  Bismillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih dapat menulis lagi. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Penutup Perutusan Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Al-Fatihah kepada Allahyarham abahku Wan Mohamad bin Wan Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 28 Muharram 1436 Hijriyyah bersamaan 21 November 2014 Masihi di waktu hampir Asar iaitu kira-kira pukul 4.00 petang di Wad Bendahara (bahagian luar, dekat dengan kaunter) Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu, Kelantan. Saat Allah menjemput hamba-Nya meninggalkan dunia menuju ke alam barzakh, tidaklah diawalkan ataupun dilewatkan, ia adalah tepat pada masanya yang hanya Dialah yang Maha Mengetahui bila ketikanya. Alhamdulillah ana telah menamatkan pengajian di peringkat asasi pada bulan Mei yang lalu dengan Tingkatan Pemarkahan Terkumpul yang amat sederhana, hampir-hampir sahaja mencapai 3.0, namun ana yakin Allah sudah tetapkan yang terbaik sesuai dengan usahaku selama itu. Alhamdulillah juga kerana telah berjaya mendaftarkan diri di kampus induk lagi utama UIAM Gombak, Selangor Darul Ehsan. Melanjutkan dalam bidang yang sama IRK ataupun Ilmu Wahyu iaitu nama lain bagi Pengajian Islam di UIA, pengkhususan dalam bidang Al-Qur'an dan As-Sunnah. Pada mulanya aku ingin menukar jurusan ke bidang pendidikan namun hati tidak kesampaian. Mahallahku Mahallah Bilal (Mahallah adalah nama lain bagi asrama kediaman pelajar di UIA ini), Blok G, tingkat 3. Bilikku memuatkan empat orang dan dipisahkan dengan satu dinding kayu atau batu dan tidak berpintu antara ruang dalam bilik. Ahli bilikku semuanya aku sudah kenal dan bidang yang sama iaitu IRK tetapi pengkhususan lain-lain. Affifuddin Qur'an Sunnah, Izzul Ishraf Usuluddin dan Shafiq Hasbollah Usuluddin. Walaupun tempat pengajian berbeza namun sikapku masih sama dan aku harap perubahan sikap ke arah yang lebih baik akan berhasil suatu hari nanti sebelum aku menghembuskan nafas terakhir dalam iman dan Islam. Insya Allah. Amin.

  Hari ni ada satu perkara yang aku ingin coretkan. Baca berita di Yahoo! News, aku rasa benci sungguh kerana berita negatif terhadap negeriku dan negaraku menjadi antara tajuk utama di Yahoo! News Malaysia. Satu berita tentang carta pelayar laman sesawang lucah di Malaysia oleh sebuah laman lucah dan berita lain tentang kadar perkahwinan awal dalam kalangan rakyat Malaysia yg 'membimbangkan' Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sebagai seorang pemuda yg berdarah panas, tangan ini terasa terketar untuk menulis segera tindak balas peribadiku terhadap dua artikel berita itu.

  Pertama, negeriku Kelantan tersenarai di angka ketiga selepas Kuala Lumpur dalam masa terlama dan terbanyak melayari laman sesawang tersebut dalam satu-satu masa. Carta tersebut sangat mengejutkan dan membuatkan diri ini terasa sangat malu dan hina. Ditambah lagi dengan maklum balas di ruangan maklum balas di bawah artikel tersebut yang banyak menyerang dan melekehkan negeriku. Bila dikaitkan dengan Kelantan maka secara langsung orang ramai melihat negeri Islam dan serangan ke atas agama ini yang menyedihkan serta menimbulkan perasaan marahku kepada mereka-yang menyumbang kepada carta tadi, yang melakukan perbuatan ke arah tersiarnya artikel itu di Yahoo! News Malaysia dan mereka yang aku sangkakan ramai dalam kalangan mereka yang tidak beragama dan beragama lain selain Islam serta benci kepada agama Islam mahupun penganutnya.

  Aku sebenarnya suka mengaitkan apa-apa sahaja artikel yang memberi pandang serong kepada apa-apa sahaja yang berkait dengan Islam-sama ada dasar agamanya, penganutnya ataupun 'negerinya' dan 'negaranya', sebagai salah satu usaha terancang dan berterusan daripada pihak-pihak yang membenci Islam walau apa pun gelaran dan nama mereka-yang mereka sendiri ciptakan dan yang orang ramai memberikan nama atau gelaran itu kepada perkumpulan mereka. Aku juga mengajak kepada yang berkenaan supaya menginsafi diri kerana disebabkan sikap kita maka satu negeri yang mendapat nama. Memang tidak dinafikan kehidupan dalam dunia yang tiada sempadan kini melekakan kita sehingga boleh menjebakkan diri kita ke dalam perkara-perkara maksiat yang sememangnya disukai oleh nafsu, Iblis dan syaitan tetapi dibenci oleh Allah. Kenikmatan di dunia ini sekejap sahaja, hanya dalam 60 ke 70 tahun kita hidup, atau 50, 40, 30 malah 20 tahun sahaja jangka hayat kita di dunia ini. Jika dibandingkan jangka hayat di akhirat yang tidak ada penghabisan. Mahukah kita merana di dalam api neraka yang sangat panas, beribu-ribu tahun lamanya kerana kita hanya membuat maksiat beberapa puluh tahun? Sangat tidak berbaloi.
 
  Namun, sekiranya kita meminta ampun kepada Allah dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh untuk berhenti melakukan perlakuan dosa kita kepada Allah dan Allah menerima doa kita lalu dimasukkan ke dalam syurga, bukankah itu tersangat jauh lebih baik? Sungguh, susah untuk melawan godaan nafsu dan bisikan syaitan, namun kita kenalah bertegas dan berusaha setiap masa untuk berjuang melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Janganlah pula kita berputus asa untuk meminta keampunan kepada Allah kerana Allah sangat sayang kepada kita setiap kali kita kembali mentaati Allah.

  Artikel berita kedua yang membuatkan aku panas pada malam ini (iyalah, malam kerana masih gelap lagi) adalah tentang kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita yang berjawatan dalam PBB yang melahirkan kerisauannya terhadap kadar perkahwinan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terlalu awal sehingga mengabaikan kebolehan yang ada pada diri mereka terutamanya wanita. Mungkin kaum hawa tidak menyukai saya apabila saya mengulang perkataan wanita banyak kali dan menggelar saya dengan gelaran yang biasanya golongan pendokong hak asasi wanita berikan kepada mereka yang tidak sependapat dengan mereka. Saya bersetuju dengan kerisauannya terhadap kanak-kanak yang tidak bersekolah ramai bilangannya di Malaysia tetapi apabila ia diletakkan dalam satu artikel yang sama dengan imej negatif yang ditunjukkannya di sebalik kata-kata manis kebimbangannya terhadap ramainya wanita yang berkebolehan tetapi terhalang keserlahan kebolehannya disebabkan oleh perkahwinan, bagi saya, ianya satu kenyataan yang berniat jahat dan amat berat sebelah.

  Daripada maklum balas di bawah artikel tersebut, banyak balasan-balasan yang saya suka dan suka untuk saya kongsikan di sini. Antaranya adalah punca keciciran kanak-kanak bersekolah adalah bukan disebabkan oleh ibu bapa mereka kahwin awal ataupun kanak-kanak itu berkahwin pada usia yang sangat muda, tetapi ia disebabkan oleh kehidupan mereka dihimpit oleh kemiskinan. Suka untuk saya huraikan bahawa PBB dan masyarakat dunia sering melaungkan slogan yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan, mengelakkan peperangan dan menggalakkan persekolahan. Hampir semua negara bangsa yang wujud di dunia dilayan sama rata oleh PBB tetapi banyak juga negara yang dipandang sebelah mata oleh badan dunia itu. Bahkan sekiranya suasana negara yang berbeza dengan kemahuannya, maka kajian dilakukan seterusnya terhasillah kesimpulan yang kelihatan negatif pada kaca mata rakyat yang mewujudkan suasana yang melahirkan kegusaran PBB tersebut. Sebagai contoh, pewujudan sistem perbankan yang didasari dengan riba dan pelbagai penindasan dari segi kewangan kepada masyarakat dunia. Sistem perbankan ini telah banyak mengawal sistem-sistem lain dalam dunia seperti sistem politik dan sistem sosial. Salah satu contohnya, walaupun wujud dua blok negara yang berbeza dalam dunia iaitu blok kapitalis dan blok sosialis atau komunis, namun kedua-duanya perlu berurusan dengan Bank Dunia dari segi kewangan dan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh bapa bank tersebut. Kesannya ramai penduduk dunia yang hidup dalam kemiskinan kerana muflis, tidak berkelayakan untuk menjadi hamba bank dan tiada apa yang bank boleh berikan kepada mereka untuk memiliki wang.

  Selain itu, kenyataan yang saya sifatkan sebagai kebencian terhadap peningkatan jumlah penduduk dunia ini dan melanggar hak asasi manusia yang paling fitrah iaitu kehidupan beragama. Mereka mengatakan bahawa agama adalah satu keperluan bagi manusia untuk hidup di dunia. Tidak kiralah agama yang dimaksudkan itu bertuhan ataupun tidak bertuhan. Dalam hal ini, mereka dilihat lebih meraikan golongan yang tidak bertuhan dan mempersoalkan perbuatan yang berlandaskan ajaran agama yang bertuhan. Mengapa mereka tidak risaukan golongan sama jantina yang berkahwin kerana mereka tidak mampu menghasilkan anak malah membenarkannya di beberapa tempat di dunia? Jika hujah yang saya sudah nyatakan di atas diberikan-ia sudah terjawab-maka apakah hujah lain yang boleh membenarkan kenyataan tidak adil mereka ini terhadap masyarakat yang beragama?

  Satu lagi balasan yang bagi saya menarik adalah persoalan yang dilontarkan iaitu mengapa dipukul sama rata perbuatan rakyat di negara ini dengan rakyat di negara Pakistan dan sebagainya. Pertuduhan tanpa bukti yang nyata namun diberikan kesan perbuatan tersebut daripada negara lain adalah satu penghujahan yang tidak berasas sama sekali. Adakah mereka sudah percaya yang mereka berjaya mewujudkan satu bangsa dunia yang mempunyai sentimen ataupun doktrin atau persefahaman yang sama sebagaimana yang diinginkan oleh mereka? Dari satu sudut saya melihatnya sebagai salah satu usaha untuk menjayakan hasrat penyatuan tersebut. Adalah satu perbandingan yang tidak boleh diterima kerana budaya dua negara sangat berbeza walaupun agama yang majoriti dianuti oleh rakyatnya adalah sama. Kenyataan seperti ini adalah bagi saya, satu cubaan untuk membunuh jati diri orang yang beragama secara halus dengan menyalutkan hasutan dengan manisan kerisauan terhadap perkara lain yang tidak menyumbang kepada punca yang lain iaitu perkahwinan awal membawa kepada pembunuhan kebolehan kaum wanita, keciciran anak-anak ke sekolah dan kekurangan tenaga mahir di pelbagai bidang pekerjaan kehidupan. Banyak lagi masalah yang berlaku yang menjadi punca kepada masalah yang disebutkan tetapi bukan perkahwinan awal masalah utamanya. Perkahwinan awal tiada masalah, orang yang melakukannya juga tidak bersalah. Yang salahnya apabila ia dianggap menjadi salah dan disalahkan oleh pesalah-pesalah seperti wanita dalam tulisan berita ini dan orang-orang yang berada di belakang tabirnya.

  Tulis nak lenguh tangan panjangnya kalau tidak diambil dengan hati terbuka, tiada maknanya semua tulisan ini. Setelah sekian lama tidak menulis blog, kali ini kali pertama aku menulis tentang dua tajuk secara panjang lebar. Harap sesiapa yang membaca tulisan di blog ini dapat mengambil manfaat dan bukan menganggap ini hanyalah tulisan sia-sia yang mencerminkan kekurangan fakta dan kecetekan akal dalam meneliti maklumat. Agamaku adalah agama Islam. Negeri kelahiranku Kelantan. Negaraku Malaysia. Apa sahaja yang mencela kesemua ini, akan ku selar dengan penulisan yang terbit daripada akal fikiran yang waras. Sekian, pena telah diangkat dan dakwat telah kering. Arju mardatillah fi kulli 'amaliy. Sa-aharrakat al-dunya bikitabatiy, biizhnillah.

Thursday 17 April 2014

Sem Terakhir di CFS

  Sudah lama tak menjenguk ke blog ni. Sekarang sudah pun berada di saat-saat genting yang mana banyak assignment yang perlu disiapkan dan final sem exam semakin hampir. Dalam waktu sibuk beginilah aku menulis blog pulak.. Aduyai..(teringat keluhan cikgu BM sekolah menengah aku dulu :) Semester ini banyak pahit manis aku bergelar remaja ditempuh. Ada yang susah ditelan, ada juga yang setelah ditelan dengan muka berkerut, pergi cari madu dan teguk banyak-banyak. Amanah banyak yang dikhianati. Harap Allah mengampuni aku. Beberapa kali aku menyampaikan ucapan depan khalayak dan nasihat serta teguran yang aku sampaikan sebenarnya mengena di batang hidungku sendiri. Ada yang sebenarnya diucapkan melalui pengalaman yang tuan punya badan sendiri pernah terlanjur buat dan ada yang terjadi selepas beberapa ketika ucapan itu disampaikan-kerana mungkin Allah hendak menguji dengan apa yang aku sampaikan.

  Hampir 2 bulan berlalu sejak kematian nenekku yang terakhir. Nenekku yang merupakan ibu kepada abahku itu sangat baik orangnya dan sangat sihat tubuh badannya. Nenekku yang merupakan ibu kepada ummi sudah lama meninggal iaitu pada tahun 2005 lagi kalau tak silap, selepas melaksanakan haji di Makkah, meskipun umur ummi dengan abahku jauh lebih tua abahku, namun umur ibu abahku ini Allah panjangkan. Secara peribadi, saat terakhir hayatnya sangat menyentuh emosiku apabila semua anak-anaknya berada di sisinya-ayah dan mak sedaraku juga sepupu2ku datang dari jauh (KL, Johor..) berkumpul di rumah seorang mak sedaraku apabila nenekku yang aku panggil We (Wan) jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Walaupun aku tidak sempat pulang ke kampung dan berada di sisinya bersama ahli keluarga yang lain, namun hatiku terubat dengan mendengar cerita daripada ummi yang menceritakan bagaimana We tersenyum ceria apabila kesemua anak-anaknya pulang ke kampung menjenguknya dan berada di sisinya. Pada hari-hari terakhir hidupnya, ummi menceritakan We sangat teruja bercerita tentang keluarga dsb kpd ahli keluarga yang datang melawat dengan panjang lebar dan dengan muka berseri-seri. Kata ummi mungkin kerana dia gembira melihat perkumpulan anak-anaknya buat kali terakhir sebelum dia meninggalkan dunia yang fana ini. Semoga ummi juga sejuk hati dengan anak-anaknya pula sebelum nyawa diambil Ilahi nanti.

  Sejarah. Satu subjek yang sangat aku minati sejak dari sekolah rendah lagi. Bermula dari sejarah Islam sehinggalah kepada sejarah keluarga sendiri, yang aku rasakan ada berkaitan dengan diriku, semuanya aku ambil peduli. Bukanlah di sini bermaksud mementingkan diri sendiri tetapi apabila aku mencari asal usul keturunanku, aku mendapat kepuasan, dengan ilmu yang baru dan membuka ruang fikiranku serta dapat memelihara warisan keturunan agar aku kenal dari mana aku berasal. Sememangnya kehidupan ini agak rumit dan susur galur keturunan agak kompleks namun sedikit pengetahuan perlu disematkan dalam ingatan kerana ilmu itu walau apapun ia adalah sangat bernilai. Nama penuhku ialah Wan Ahmad Kamal bin Wan Mohamad bin Wan Ali bin Wan Mamat bin Wan Ahmad bin Wan Abdul Kadir bin Wan Haji Abdul Samad. Ini setakat yang aku ingat dan mungkin ada yang tersalah aku letakkan nama, susunan nama dan juga mungkin ada yang tertinggal.

Thursday 4 April 2013

Testing menulis ala-ala artikel tentang isu semasa

Bismillah.
Ada sehari lagi sebelum RIM mid-sem exam. mlm ni aq stay out dgn netbook adekku ini yg aku bawa dari rumah ke cfs. kali ni, ingin menyentuh tentang politik dan bahasa.. tanggal 3 april, parlimen sudah bubar, 4 april pula, dun kelate pula dibubarakan. walaupun tidak layak untuk mengundi, tetapi aku berharap perubahan akan berlaku selepas pru-13 nanti kerana usia negara telah memasuki era kemuncak kematangan, iaitu sudah menjangkau 50 tahun..bercakap soal bahasa, ada sahaja isu yang digembar gemburkan tentang penghinaan sesuatu pihak terhadap pihak yang lain. saya tidak melihat isu ini sebagai kesalahan bahasa, tetapi kesalahan sesetengah pihak dalam memahami makna bahasa tersebut yang salah. tanpa mengaitkan dengan udang di sebalik batu, pihak yang menyebarkan tafsiran bahasa yang tidak kena amat mengelirukan golongan yang tidak ahli dalam bahasa ibunda. apabila mereka salah dalam memahami sesuatu makna bahasa itu, pendapat mereka mempengaruhi orang ramai kerana mereka berpengaruh besar dalam masyarakat. ada seseorang yang menggunakan peribahasa contohnya, dalam penulisan dan pengucapan mereka, ada yang tidak tahu dan tidak faham makna yang sebenar di sebalik peribahasa tersebut-lebih-lebih lagi apabila peribahasa yang digunakan adalah jarang didengar oleh umum tetapi ianya ada. masalah bahasa ini, saya yang tidaklah ahli ini mencadangkan agar pembelajaran di peringkat sekolah rendah atau menengah hendaklah membhagikan komponen sastera dalam subjek yang berlainan, bukannya satu bab dalam subjek bahasa melayu. memandangkan upsr dan pmr bukan lagi perlumbaan pelajar hari ini, cadangan ini saya lihat adalah sangat relevan kerana keahlian dalam bahasa bangsa mengkayakan dan membentuk jati diri bangsa yang unggul dalam memperkenalkan budaya bangsa kepada bangsa-bangsa lain. kejayaan sesuatu negara bukan terletak pada hebatnya penguasaan terhadap bahsa dan budaya bangsa lain, tetapi pemahaman yang mendalm terhadap bangsa dan budaya sendiri. hal in dapat diperhatikan dalam negara-negara maju di duni seperti amerika, britain, china, jepun, perancis, jerman, korea, russia dan negara-negara arab. gaya pemikiran sebeginilah yang sebenarnya akan menjadikan sesuatu bangsa itu berdikari tanpa bergantung banyak dengan negara dan bangsa lain. entri ini bukanlah bermakna bangsa dan negara sangat diutamakan, tetapi ia adalah elemen penting dalam menjalani kehidupan di dunia kerana setiap kita dilahirkan dalam bangsa yang berbeza, tanpa kita memilih dalam bangsa apa kita ingin dilahirkan dan seterusnya hidup sebagai bangsa tersebut. akhir sekali, marilah kita memasukkan agama dalam tujuan hidup kita kerana dengan implementasi sepenuhnya agama itu, sesuatu bangsa dan negara akan berjaya di dunia. maka, tidak adalah agama yang sesuai untuk semua bangsa dan negara di atas muka bumi ini selain agama Islam, kerana Islam membawa mesej untuk keamanan sejagat di dunia dan keselamatan di akhirat.

Sunday 31 March 2013

Sem 3 tahun 1 Asasi UIA

Bismillah. dah lama x taip diari maya aku ni, hari ni rasa nk tulis sesuatu plop.lani dah masuk sem 3 tahun 1, ada 2 sem lg untuk aq habiskan asasi di cfs uiam ni, lepas tu aq sambung belajaq kat uia gombak plak.sem ni, byk aktiviti yg membuakan aq sibuk sampai kelas x hadir (salah aq jgk, curi maa tidur lebih), btw amanah sebagai committee dlm society satu tanggungjawab yg patut aq mampu tanggung selain jadi pelajar kerana Allah x beri kita tanggungjawab yang x mampu kita laksanakan. I'm happy organising, working and cooperating dlm society begitu jgk I'm enjoying study even aq terpaksa repeat subjek wajib  bahasa Arab yg aq ambil time sem 2 hari tu...wuhu..tp I take it as a lesson kerna byk kali aq x dtg kelas n kalau pi kelas plak byk kali tidur (tapi x sampai dpt warning letterlah). so far so good, sekarang ni time mid term and ada satu last paper iaitu RIM (Religion in Malaysia) yg akan aq jwawab 6 hb ini..semoga Allah merahmati aq sentiasa dan aq tidak berputus asa dalam meraih rahmat dariNya. Ok, tanpa buang masa, aq hentikan taipan aq setakat ini dulu..ingat nk tulis lg dalam waktu terdekat lepas ni, iA

Monday 26 November 2012

Semester Pendek di Asasi UIAM PJ

Setelah lama menyepi, 'hawaly' 5 bulan drpd 'menjenguk' blog ni, kini aku dpt 'bersua kembali menaip coretan2 kerdil bibit2 hidupku. 'Lani' dah masuk sem 2 dah aku di CFS IIUM. sem 1 aku tamatkan dgn mendapat pointer 3...(adalah). nk dpt 4 flex dgn attitude aku skrg agak jauh drpd realiti. haha..di short sem ni, aku hanya mengikuti kelas bahasa arab, walaupun satu subjek namun jadualnya cukup 'pack' (padat). alhamdulillah Allah kurnia aku rezeki, amanah & ujian apabila aku memperoleh 'mustawaa' (level) 6 untuk fas.lu llughotil 'arabiyah ni. 'classmate' di sem 2 ni sudah berubah di mana aku berada dlm kelas bersama pelajar2 drpd BAR & ECONS yg mencapai mustawa 6 bahsa arab. drpd kelas di sem 1, 2 org sahabatku yg sama kelas dgnku. pelajar 'course' aku ada dlm 5 orang, termasuk aku; 3 lelaki & 2 perempuan. mahallah aku masih sama, cuma 'hisbah' & 'floor'nya yg berbeda di mana aku turun 2 tingkat drpd bilik yg aku inap semasa di sem 1. cumanya kedudukan masih lagi sama & ahli2 bilik juga sama kerana sebelum habis sem 1, kita orang (kitorang-ahli2 musollik 415) dah tempah untuk kekal bersama sehingga sem 3. cumanya, (penggunaan utk kali ke-2..saje bagitau..) ahli2 bilik tidur kami@aku semuanya berubah. begitulah serba sedikit yg aku dah cerita kat dalam blog aku nih, buat masa sekarang. blog ni macam diari 'berkala' aku lar..ada yg umum pasal aku & ada yg spesifik bergantunglah kepada apa yg aku nk tuliskan. seperti biasa, jika ada salah dan silap, harap maafkan..salam..save Gaza!